5,000 dijangka meriahkan TEROKA Linkar 52 anjuran PKNS
SHAH ALAM – Lebih 5,000 pengunjung dijangka memeriahkan program TEROKA Linkar 52 anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diadakan di Galeria SA Sentral di sini, Sabtu ini.
Program yang berlangsung seawal jam 7 pagi hingga 10 malam itu bakal menyaksikan pelancaran projek kediaman eksklusif terbaharu PKNS, iaitu Linkar 52.
Linkar 52 adalah pembangunan dua menara apartmen servis 33 tingkat yang menempatkan 615 unit kediaman dan 19 unit lot perniagaan runcit.
Projek tersebut merupakan sebahagian daripada komponen pembangunan SA Sentral di Bandaraya Shah Alam.
“Linkar 52 dibina bercirikan reka bentuk moden kontemporari berlatar belakangkan kehijauan landskap mempunyai lima varian saiz 450 hingga 850 kaki persegi (kps) dengan harga jualan bermula RM351,000 seunit.
“Selain pelancaran projek Linkar 52, program TEROKA juga bakal menampilkan beberapa aktiviti menarik seperti gerai jualan makanan, jualan dari bonet kereta, wall climbing dan banyak lagi,” katanya dalam satu kenyataan.
Menerusi aktiviti Eksplorasi SA Sentral, para pengunjung juga berpeluang meneroka setiap sudut menarik yang terdapat di Galeria SA Sentral, sebuah komuniti baharu yang moden dan segar di Shah Alam.
Dibina khas untuk melaksanakan aktiviti riadah dan gaya hidup santai, Galeria SA Sentral turut menempatkan lot makanan dan minuman (F%B) yang boleh dikunjungi.
Bukan itu sahaja, peminat aktiviti lasak juga tidak harus melepaskan peluang menyertai cabaran wall climbing yang disediakan oleh pihak penganjur.

Bagi kaum wanita pula, pelukis inai profesional turut menawarkan lukisan inai yang unik dan menarik pada harga istimewa.
Turut mencuri tumpuan ialah pertandingan tarian Pesona Tari yang dikhususkan pelajar sekolah.
Program kemuncak Teroka Linkar 52 adalah persembahan Akustik Sentral Soundwave, Busking Buz! daripada kumpulan Nominos Band yang bakal menghidupkan suasana malam Galeria SA Sentral bermula 8 hingga 10 malam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








