BERITA SEMASA

5 mangsa terperangkap kepala air

KUALA LUMPUR – Lima individu termasuk seorang kanak-kanak terperangkap dalam kejadian kepala air di Kampung Batu 10, Lebuhraya Cheras-Kajang dekat sini pada malam semalam

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya telah menerima panggilan kejadian berkenaan pada 9.05 malam tadi berjaya menyelamatkan kesemua mangsa terbabit.

Beliau berkata, sebuah jentera bersama enam pegawai dan anggota telah digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn ke lokasi kejadian.

“Komander operasi telah melaporkan seramai lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di seberang sungai akibat kepala air.

“Pasukan telah menggunakan teknik ‘melintas sungai’ untuk membantu kesemua mangsa menyeberangi sungai,” katanya memetik laporan Bernama.

Kesemua mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan berjaya diselamatkan pada 2 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button