BERITA SEMASA

35 anggota Maritim Malaysia terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

KUCHING – Seramai 35 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Maritim Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Raia Hotel Sarawak di sini, malam tadi.

“Keseluruhan penerima ialah 375 orang yang melibatkan semua agensi dan jabatan di bawah KDN negeri Sarawak.

“Daripada jumlah itu, seramai 35 orang merupakan penerima daripada APMM dengan lima orang daripadanya ialah pegawai kumpulan pengurusan dan profesional termasuk Timbalan Pengarah (Operasi) Negeri Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa dan 30 lagi dari kumpulan pelaksana,” katanya di Facebook rasmi Maritim Malaysia.

Majlis Anugerah Cemerlang (APC) diadakan bagi mengiktiraf sumbangan kakitangan atas prestasi cemerlang warga KDN – Foto Facebook Maritim Malaysia.

Hadir sama dalam majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalan Negeri,Datuk Ruji Ubi serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan), Datuk Mohd Zamri Mat Zain.

Selain itu, turut hadir, Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim; Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh serta Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Anak Numpang.

Majlis Anugerah Cemerlang (APC) diadakan bagi mengiktiraf sumbangan kakitangan atas prestasi cemerlang warga KDN secara tidak langsung sebagai contoh atau ‘role model’ dakam kalangan warga yang lain bagi meningkatkan pencapaian perkhidmatan dalam organisasi.

Sementara itu, Maritim Malaysia berharap dengan adanya pengiktirafan seumpama ini, ia dapat menjadi pembakar semangat dan motivasi kepada semua warga Maritim Malaysia untuk terus melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang berdedikasi dan berintegriti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button