BERITA SEMASAPMX

30,000 peluang pekerjaan hasil pelaburan Malaysia di UK

KUALA LUMPUR – Pelaburan oleh syarikat-syarikat Malaysia di United Kingdom (UK) dijangka menyumbang kira-kira 30,000 peluang pekerjaan baharu di negara itu, menurut Perdana Menteri, Keir Starmer.

Starmer berkata, sasaran tersebut merupakan sebahagian daripada Rancangan Perubuhan yang sedang dilaksanakan kerajaan yang dipimpin beliau sejak Julai tahun lalu itu.

“Hari ini, saya bertemu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi membincangkan pelaburan baharu oleh perniagaan Malaysia ke UK.

“Pelaburan ini bukan sahaja akan mewujudkan 30,000 pekerjaan, tetapi juga membantu membina rumah baharu,” kata Starmer menerusi catatan ringkas di platform X miliknya.

Hantaran Keir Starmer susulan pertemuan dengan Anwar Ibrahim di Downing Street, London, semalam.

Dalam catatan itu, Starmer turut berkongsikan hantaran akuan X, UK Prime Minister yang mengalu-alukan kehadiran Anwar ke pejabat rasmi Perdana Menteri UK di Downing Street, London.

“Dari pelaburan kepada perdagangan dan pendidikan, hubungan dengan Malaysia kini lebih kuat dari sebelumnya,” kata akaun UK Prime Minister.

Anwar Ibrahim berada di UK dalam lawatan kerja rasmi selama lima hari. Ia merupakan lawatan rasmi pertama beliau sejak menjadi Perdana Menteri pada Novermber 202

Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di UK untuk lawatan kerja selama lima hari, lawatan rasmi pertamanya ke negara itu sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November 2022.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button