LUAR NEGARA

21 hilang tanah runtuh landa perkampungan

CILACAP, Jawa Tengah – Sekurang-kurangnya 21 mangsa hilang apabila kejadian tanah runtuh besar menghempap kawasan perkampungan selepas hujan lebat berterusan, malam semalam.

Menurut portal Kompas, kejadian sekitar pukul 8 malam itu menimpa Dusun Cibaduyut dan Dusun Tarukahan di Desa Cibeunying, memusnahkan beberapa rumah serta menyebabkan puluhan penduduk hilang.

tanah runtuh
Pasukan SAR yang terdiri daripada BPBD, Basarnas, polis, tentera dan sukarelawan kini bekerja tanpa henti dengan lokasi pencarian dibahagikan kepada beberapa sektor bagi memudahkan operasi.

Menurut kenyataan terkini Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB), kejadian tersebut mengorbankan tiga mangsa, manakala 21 lagi masih hilang dan sedang giat dikesan oleh pasukan penyelamat.

Seramai 23 penduduk berjaya diselamatkan, manakala beberapa mangsa cedera ringan turut menerima rawatan di hospital daerah.

Penduduk setempat menggambarkan insiden berlaku dengan begitu pantas.

Seorang saksi, yang hanya mahu dikenali sebagai Edi, berkata beliau mendengar bunyi bergemuruh kuat sebelum tanah runtuh menyapu kawasan kediaman.

Pasukan SAR yang terdiri daripada BPBD, Basarnas, polis, tentera dan sukarelawan kini bekerja tanpa henti dengan lokasi pencarian dibahagikan kepada beberapa sektor bagi memudahkan operasi.

Pihak berkuasa daerah turut mengarahkan penduduk yang berada di zon berisiko supaya mengosongkan rumah masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button