BERITA SEMASALUAR NEGARA

13 terbunuh, puluhan hilang dalam banjir kilat luar biasa di Texas

KERRVILLE – Hujan lebat luar biasa yang melanda kawasan Texas Hill Country dalam tempoh beberapa jam meragut sekurang-kurangnya 13 nyawa dan menyebabkan ramai lagi hilang, termasuk kira-kira 20 pelajar perempuan yang menghadiri kem musim panas, semalam.

Menurut pihak berkuasa, banjir kilat melanda daerah Kerr selepas hujan turun sepanjang malam menyebabkan Sungai Guadalupe melimpah dan menenggelamkan kawasan sekitarnya.
Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan bot dan helikopter untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam arus deras.

Banjir kilat dengan air Sungai Guadalupe yang mencecah kedalaman kira-kira 7 meter berlaku dalam tempoh kurang sejam.
Kesan banjir kilat akibat kenaikan mendadak air Sungai Guadalupe di Texas Hill County, AS.

Keadaan masih dianggap kritikal dengan jumlah korban dijangka terus bertambah berikutan masih ramai yang belum ditemui.

Timbalan Gabenor Texas, Dan Patrick memaklumkan antara enam hingga 10 mayat telah ditemukan, manakala Sheriff Kerr County, Larry Leitha kemudian mengesahkan angka korban meningkat kepada 13 orang.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa masih dalam proses dikenal pasti.

“Kebanyakan daripada mereka, kami masih tidak tahu siapa,” kata Hakim Rob Kelly, pegawai tertinggi di daerah Kerr.

Pihak berkuasa terus mengingatkan orang ramai agar menjauhi kawasan terjejas dan memberi laluan kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat.

Sebahagian daripada kumpulan remaja yang dilaporkan hilang dalam banjir kilat Sungai Guadalupe, Texas, semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button