13 Ahli Parlimen BERSATU mahu Hamzah kekal sebagai Ketua Pembangkang
CYBERJAYA – Ketua Whip Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengesahkan 13 Ahli Parlimen daripada parti berkenaan mahu Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dikekalkan sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Menurut Ronald, sokongan itu dinyatakan dalam satu surat bertarikh 24 Februari kepada Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Jelas beliau, ketetapan itu dibuat secara kolektif dan majoriti selaras dengan Peraturan Mesyuarat 4A.
“Adalah dimaklumkan, seramai 13 Ahli-ahli Parlimen Bersatu secara kolektif dan majoriti telah membuat ketetapan untuk menyokong dan mengekalkan Hamzah,” katanya dalam surat berkenaan..
Semua 13 Ahli Parlimen itu terdiri daripada Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) selain Ronald (Beluran) itu sendiri.
Turut menyokong, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (Kubang Pasu), Datuk Muslimin Yahaya (Sungai Besar), Datuk Abdul Khalib Abdullah (Rompin), Datuk Khair Mohd Nor (Ketereh) dan Zakri Hassan (Kangar).
Selain itu, Roslan Hashim (Kulim Bandar Baharu), Nordin Ahmad Ismail (Lumut) dan Kalam Salan (Sabak Bernam) serta Islahuddin Abbas (Mersing).
Sebelum ini, Takiyuddin berkata, kedudukan Hamzah sebagai ketua pembangkang kekal setakat ini manakala tempat duduk ahli parlimen Bersatu yang dipecat parti juga tidak berubah.
Perkara tersebut disahkan Ahli Parlimen Kota Bharu itu selepas mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 26 Febuari lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








