BERITA SEMASAMALAYSIA MADANI

Zambry wakili Malaysia di Mesyuarat Menteri OIC di Tehran

TEHRAN – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selamat tiba di sini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkaitan Sains, Penyelidikan, Teknologi dan Pendidikan Tinggi.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi satu hantaran di Facebook selepas menyempurnakan lawatan terdahulu di Kazan Forum, Rusia.

“Alhamdulillah saya selamat tiba di Iran untuk memenuhi jemputan ke mesyuarat ini.

Zambry wakili Malaysia di Mesyuarat Menteri OIC di Tehran

“Saya akan menyampaikan kenyataan mewakili Malaysia pukul 10 pagi waktu Iran atau 4.30 petang waktu Malaysia.

“Doakan semuanya berjalan lancar dan Malaysia dapat melebarkan kolaborasi dalam pendidikan tinggi, penyelidikan dan mobiliti pelbagai bidang kemahiran,” katanya lagi.

Menurut Zambry, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga merancang untuk menganjurkan Festival of Ideas (FOI) pada tahun ini dan akan menjemput rakan-rakan strategik termasuk dari Rusia serta negara-negara OIC untuk turut serta dalam program berkenaan.

‘Usaha tersebut selari dengan pendekatan Malaysia MADANI yang menekankan kerjasama antarabangsa serta pembangunan ilmu dan inovasi dalam kalangan negara Islam,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button