Yayasan Ar Riduwan agih 8,000 bubur lambuk hargai petugas barisan hadapan
KUALA LUMPUR – Sebanyak 8,000 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada petugas barisan hadapan sepanjang Ramadan menerusi Program Sumbangan Bubur Lambuk yang dianjurkan Yayasan Ar Riduwan (YAR) sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan golongan itu.
Ketua Pegawai Operasi YAR, Lokmanulhakim Muhamad Riduwan berkata, program tersebut dilaksanakan dalam dua fasa bermula 22 Februari dan 2 Mac lalu dengan memberi tumpuan kepada petugas kesihatan, pesakit serta waris di sekitar hospital.
Menurut beliau, sebanyak 1,000 pek bubur lambuk diagihkan di setiap hospital termasuk balai polis terpilih sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang berkhidmat tanpa mengira masa selain memberi sokongan moral kepada individu yang sedang diuji dengan kesakitan.
“Penganjuran program ini adalah untuk berkongsi rezeki serta menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan bersama komuniti setempat.
“Ini kerana wajah-wajah syukur dan senyuman yang terukir menjadi bukti bahawa sentuhan kecil mampu memberi makna besar yang menggambarkan roh sebenar Ihya’ Ramadan dalam menyantuni dan menghidupkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.
“YAR juga percaya CSR bukan sekadar sumbangan tetapi usaha berpanjangan dalam membina hubungan yang kukuh dan memberi impak positif kepada masyarakat setempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Undang-Undang (BHEUU) di Jabatan Perdana Menteri mula beroperasi tahun lalu dengan misi memberi bantuan kepada kluster kesihatan, komuniti dan pendidikan.
Antara enam hospital yang terlibat dalam program tersebut ialah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Kajang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang selain Balai Polis Wangsa Maju serta Balai Polis Melawati dengan sokongan 12 kakitangan sukarelawan yayasan.
YAR yang berdaftar di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri mula beroperasi tahun lalu dengan misi memberi bantuan kepada kluster kesihatan, komuniti dan pendidikan.
Mengulas lanjut, Muhamad Riduwan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan untuk memperluaskan program tersebut ke negeri lain pada masa hadapan agar lebih ramai masyarakat dapat menerima manfaat daripada inisiatif yang dijalankan.
Beliau turut berharap orang ramai terus menyokong Program Ihya’ Ramadan 2026 serta program kebajikan kesihatan yang akan dilaksanakan YAR secara berterusan sepanjang tahun ini.
Katanya, sumbangan yang diterima akan disalurkan bagi bantuan peralatan hospital, sokongan kos rawatan pesakit asnaf, sumbangan makanan dan keperluan asas serta pelaksanaan program kebajikan komuniti dan kesihatan.
“Setiap ringgit yang disumbangkan adalah pelaburan akhirat dan bukti keprihatinan anda terhadap mereka yang memerlukan.
“Bersama kita terus menghidupkan Ramadan dengan amal, keikhlasan dan keberkatan,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan derma ke akaun Maybank 551043833248 atas nama Yayasan Ar Riduwan dengan rujukan Kebajikan Kesihatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















