
Yamaha Tenere 700, kuasa baka rali sebenar
Yamaha Tenere 700 dipasarkan pada harga RM69,988 tidak termasuk insurans
KUALA LUMPUR – Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) baru-baru ini memperkenalkan Yamaha Tenere 700 untuk penggemar motosikal adventure lasak.
Jentera pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang HLYM di Sungai Buloh itu dipasarkan pada harga RM69,988 tidak termasuk insurans.
Sama ketika diperkenalkan empat tahun lalu, Tenere 700 masih dijana enjin dua silinder selari DOHC berkuasa 689 cc dengan transmisi enam kelajuan, dipacu 72.4 kuasa kuda pada 9,000 rpm dan daya kilas optimum 67 Nm @ 6,500 rpm.
Untuk pasaran Malaysia, jentera ini ditawarkan dengan satu-satunya warna iaitu Icon Blue.

Antara penambahbaikan baharu termasuk panel meter TFT-LCD sebesar 5 inci yang memberikan akses mudah kepada emel, mesej dan menguruskan panggilan.
Kelebihan lain termasuk tetapan ABS melalui tiga mode iaitu On, Rear Off dan ABS Off untuk penyesuaian tunggangan dengan setting tayar off road 90/90 21 inci (depan) dan 150/70 (belakang).
Keselesaan jentera ini dipadu dengan sistem suspensi panjang berdiameter 43 mm dengan ukuran 210 mm di depan dan 200 mm di belakang memberikan posisi tunggangan yang lebih tegap dan stabil di laluan sukar.
Dengan berat kering 205 kilogram, Tenere 700 dengan tangki bahan api berkapasiti 16 liter mampu merekodkan jarak perjalanan sejauh 350 kilometer.
Di bahagian depan, jentera ini menampilkan reka bentuk lampu hadapan 4-LED.
Spesifikasi Yamaha Tenere 700:
Jenis Enjin 4-Lejang, 2-Silinder, Penyejuk Cecair, DOHC
Anjakan 689 cc
Kuasa Maksimum 54.0 kW (73.4 PS) @ 9,000 rpm
Tork Maksimum 68.0 Nm @ 6,500 rpm
Sistem Pelinciran Wet Sump
Sistem Bahan Api: Suntikan Elektronik
Sistem Pencucuhan TCI
Sistem Pemula Elektrik
Transmisi: 6-Kelajuan
Kerangka double-cradle tubular steel
Suspensi depan jenis upside/down 43mm boleh laras
Suspensi belakang boleh laras
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




























