JENAYAH & MAHKAMAH

Waris Sulu tidak boleh rampas aset Malaysia – Mahkamah The Hague

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan The Hague yang menolak untuk mengiktiraf Final Award kepada pihak yang mendakwa sebagai waris kepada Kesultanan Sulu telah membuat keputusan itu di atas tiga asas perkara utama.

Menurut Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman, ini kerana tiada Final Award yang boleh diberikan secara sah selepas pembatalan pelantikan Dr. Gonzalo Stampa sebagai penimbang tara oleh mahkamah Sepanyol yang merupakan pihak sama yang melantiknya, yang seterusnya membatalkan semua tindakan prosedurnya.

Oleh itu, katanya, tiada anugerah timbang tara wujud yang mampu memberi pengiktirafan dan penguatkuasaan.

“Di samping itu, tiada perjanjian timbang tara yang telah sah wujud, susulan itu tiada prosedur timbang tara boleh berlaku secara sah untuk bermula. Ia tidak boleh ditubuhkan untuk menyelesaikan pertikaian melalui timbang tara, walaupun mereka berbuat demikian, klausa yang didakwa dirujuk oleh pihak menuntut adalah dalam apa jua keadaan tidak berfungsi dan tidak boleh dipercayai.

“Penangguhan luar biasa penguatkuasaan Final Award yang dikatakan diberikan di Paris adalah alasan selanjutnya untuk penolakan yang menyebabkan anugerah palsu tidak mampu diiktiraf dan dikuatkuasa di Belanda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan keputusan itu, Azalina berkata, ia mengesahkan pendirian Malaysia bahawa timbang tara palsu tidak sepatutnya berlaku kerana ia tidak sah dari awal berikutan Final Award itu telah terbatal dan tidak sah.

“Untuk itu, penuntut tidak boleh bergantung kepada Final Award yang dikatakan itu untuk cuba merampas aset Malaysia di Belanda dan penghakiman penting hari ini mungkin akan menyebabkan sebarang percubaan lain menjadi sia-sia dan tidak sah lagi oleh penuntut dan penaja mereka untuk menguatkuasakannya di bidang kuasa lain.

“Keputusan Mahkamah Rayuan The Hague ini mengiktiraf pencapaian Malaysia dalam cabaran undang-undang berterusannya untuk melucutkan penguatkuasaan anugerah yang dikatakan di peringkat global, yang merupakan ancaman kepada keseluruhan sistem timbang tara antarabangsa.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mendapatkan pembayaran kos yang diperintahkan terhadap penuntut, berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun 2023 yang menetapkan cabaran Malaysia terhadap “Anugerah Awal” Dr. Stampa sebelum ini mengenai bidang kuasa,” katanya.

Azalina berkata, kerjaan akan memastikan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara dijaga dan dilindungi pada sepanjang masa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button