Shin Bet tahan warga emas Israel disyaki rancang bunuh Netanyahu
TEL AVIV – Agensi keselamatan dalam negeri Israel, Shin Bet, menahan seorang wanita warga emas kerana disyaki merancang pembunuhan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.
EuroNews yang memetik laporan penyiar rasmi Isreal, KAN berkata, wanita itu yang hanya dikenali sebagai seorang aktivis anti-kerajaan berusia lingkungan 70-an kerana perintah larangan media oleh mahkamah, ditahan dua minggu lalu.
Dia bagaimanapun dibebaskan dengan syarat tidak menghampiri mana-mana bangunan kerajaan atau mendekati perdana menteri.
Difahamkan, rancangan itu dipercayai melibatkan penggunaan “bahan letupan.”
KAN turut melaporkan, kertas pertuduhan terhadap wanita itu difailkan hari ini atas tuduhan berkomplot untuk melakukan jenayah dan berkomplot melaksanakan tindakan pengganas.
Wanita itu kini sedang disiasat oleh Shin Bet dan akan didakwa atas kesalahan “berkonspirasi untuk melaksanakan tindakan pengganas.”
Pada September tahun lalu, portal berita Walla mendedahkan, seorang warga Israel telah ditahan kerana disyaki berkomunikasi dengan Iran dan merancang untuk “membunuh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta beberapa pegawai keselamatan lain.”
Menurut media tempatan, “Perisikan Iran telah merekrut warga Israel itu untuk menyasarkan Netanyahu, Menteri Pertahanan ketika itu, Yoav Galant, serta bekas ketua Shin Bet, Ronen Bar.”
Menurut kenyataan bersama Shin Bet dan polis, suspek tersebut ditahan pada Ogos “selepas disahkan bahawa dia telah menjalinkan hubungan dengan perisikan Iran semasa berada di Turki.”
“Kami mendapati tahanan itu, seorang ahli perniagaan Israel, telah menyeberang ke Iran dan bertemu dengan wakil perisikan negara tersebut,” kata kenyataan itu lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








