BERITA SEMASA

Warga emas ditemui meninggal dunia dalam parit

KUCHING – Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia di dalam sebuah parit di Kampung Tunku, Jalan Astana, Petra Jaya, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, mayat mangsa berusia 82 tahun itu dijumpai oleh orang awam sebelum dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira pukul 5.41 petang.

“Paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat wanita berkenaan telah dirujuk ke Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi Ketua Balai Polis Gita, Asisten Superintenden Polis (ASP) Syed Zainal Abidin Syed Ali di talian 019-5131156, Balai Polis Gita di talian 082-254417, atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Alexson turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button