BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Wanita warga emas maut dilanggar

KUALA KANGSAR – Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika melintas di Jalan Bukit Kerajaan, di sini, semalam.

Mangsa, Bashah Othman yang berusia 81 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas terperosok di bawah kereta Perodua Myvi tersebut.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, maklumat mengenai kejadian itu diterima pada pukul 9.21 malam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dihantar ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Operasi segera dijalankan bagi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas iaitu ‘air lifting bag’ dan pengusung.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang wanita hamil dalam perjalanan dari arah Bukit Chandan ke Jalan Sultan Iskandar Shah.

Pelanggaran itu turut menyebabkan wanita berkenaan mengalami sakit dada dan dirujuk ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button