BERITA SEMASA

Wanita mohon maaf siar langsung aktiviti senam aerobik berbaju kurung tanpa kain

CYBERJAYA – Seorang wanita tampil memohon maaf susulan penularan video senaman aerobik dengan berbaju kurung tanpa kain, semalam.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita tersebut membuat permohonan maaf atas tindakan spontan melakukan siaran langsung ketika itu tanpa pengetahuan pihak penganjur.

“Saya nak minta maaf atas kes pakai tudung tapi tak berkain. Saya minta maaf daripada Dewan Bukit Badong untuk acara zumba itu.3

“Pihak penganjur memang tidak tahu mengenai siaran langsung itu kerana saya buat secara spontan. Mungkin atas kesilapan saya sendiri,” katanya.

Video permohonan maaf berdurasi 41 saat itu bagaimanapun turut menimbulkan persepsi kurang baik dalam kalangan netizen apabila wanita tersebut sempat bergelak ketawa ketika memohon maaf.

Menurut netizen, permohonan maaf itu seolah-olah tidak mengambil serius atas tindakan wanita berkenaan yang telah mempersendakan ajaran agama Islam.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dipetik sebagai berkata, pihaknya memandang serius perbuatan itu dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button