JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita disyaki cuba curi kabel TNB melecur 70 peratus

SUNGAI PETANI – Seorang wanita mengalami kecederaan parah selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di sebuah bilik pencawang milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Taman Ria Jaya, di sini petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti dilaporkan mengalami kecederaan melecur kira-kira 70 peratus pada bahagian badan dan kini sedang menerima rawatan di hospital dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asistan Komisioner Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan dipercayai memasuki bilik pencawang tersebut untuk melakukan kegiatan mencuri kabel sebelum terkena renjatan elektrik.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius akibat insiden itu dan terpaksa ditidurkan bagi menerima rawatan lanjut.

“Mangsa kini sedang menerima rawatan di hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal selepas mengalami kecederaan melecur kira-kira 70 peratus pada badan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa serta mengumpul maklumat lengkap berhubung kejadian tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button