BERITA SEMASA

[VIDEO] Wujud ‘naungan politik’ lindungi aktiviti judi online – KDN

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menafikan wujudnya ‘naungan politik’ yang melindungi kegiatan judi dalam talian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu ini tidak terhad kepada Malaysia sahaja, tetapi di seluruh dunia.

@malaysiatribune

Wujud ‘naungan politik’ lindungi aktiviti judi online dalam Malaysia. #malaysiatribune judionline

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Hal ini bukan hanya negara kita, satu dunia dengan ledakan teknologi baru ini berdepan dengan perkara ini, untuk saya berdiri di sini mengatakan Malaysia ini aktiviti judi dalam talian bebas daripada naungan politik, orang akan ketawakan kita.

“Ya, memang wujud element naungan politik ke atas pemain ini, ada secara afirmatifnya ada, dari situ datang pengaruh, perlindungan, rasuah, dan pemain dinaungi dan dari dia membalas ketua politik mereka,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau juga berpendapat Akta Rumah Judi Terbuka 1953 perlu dipinda kerana disifatkan tidak relevan untuk mengekang kegiatan judi pada masa ini.

“Akta Rumah Judi Terbuka 1953 ini tak pernah dipinda, pindaan itu tak berlaku, saya akan bincang dengan perdana menteri, dulu judi ayam sahaja sekarang lain, tapi akta kita pakai masih sama.

“Saya bagi jaminan dengan tekad politik baru, undang-lama lama kena lakukan segera pindaan,” katanya.

Saifuddin turut memaklumkan sejumlah 2,119 laman web judi disekat dengan kerjasama pihak berkuasa, Kementerian Komunikasi dan Digital serta Bank Negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button