BERITA SEMASA

[VIDEO] Ryzal Ibrahim kongsi detik cemas anak jatuh katil

KUALA LUMPUR – Pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim berkongsi detik cemas apabila anak keduanya, Rian tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil.

“Gugur jantung kami melihat anak sendiri tidak sedarkan diri selepas jatuh katil,” tulisnya melalui perkongsian di Threads.

Menurut Ryzal, sejurus selepas terjatuh, anaknya menangis dengan kuat sebelum tiba-tiba mendiamkan diri dan menutup mata seolah-olah sedang tidur.

ryzal ibrahim
Maryam (gambar kiri) mendukung anak keduanya, Rian (gambar kanan) yang sedar sebaik tiba di hospital. – Foto Threads

“Saya dan Maryam berusaha tak nak bagi Rian lelap sepanjang jalan ke emergency (hospital) tapi badan dia langsung tiada respons.

“Matanya tertutup walaupun Maryam jerit nama dia sekuat-kuatnya,” katanya lagi.

Hantaran itu juga disertakan dengan video Ryzal memandu kereta dalam keadaan Maryam kelihatan panik sambil menepuk-nepuk Rian untuk memastikan anaknya dalam keadaan sedar.

“Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku, sungguh tiada kata dapat digambarkan.

“(Saya) berharap, bergantung sepenuhnya kepada kuasa Allah SWT supaya berikan kami peluang untuk melihat anak kami sedar ya Allah,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ryzal meluahkan rasa bersyukur apabila Rian mula membuka matanya sebaik sahaja mereka tiba di pintu hospital.

“Sampai di pintu hospital, Rian mula buka mata dan kami terus minta doktor buat CT scan (imbasan CT),” tulisnya lagi.

@malaysiatribune

Pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim berkongsi detik cemas apabila anak keduanya, Rian tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil. #malaysiatribune

♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Perkongsian itu mendapat lebih 35,200 reaksi, 4,000 komen dan 4,200 perkongsian semula.

“Bukan je mak ayah gugur jantung, aku yang tengok ni rasa nak gugur juga,” komen @midahrazali.

“Nangis tengok Maryam macam ni. Semua ibu akan buat benda yang sama. Dah la Rian ni sebaik-baik budak,” komen @immaomarr pula.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button