Rian dalam keadaan baik, Maryam ucap terima kasih doa orang ramai
KUALA LUMPUR – Isteri kepada pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim iaitu Maryam Younarae memaklumkan keadaan anak mereka, Rian kini berada dalam keadaan sihat dan stabil selepas melalui tempoh pemantauan di hospital.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Maryam menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan anaknya serta mengambil berat terhadap perkembangan keluarga mereka.
Menurutnya, sebaik sahaja insiden berlaku, Rian segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pihak doktor kemudian menasihatkan agar Rian dipantau rapi selama kira-kira 48 jam sebagai langkah berjaga-jaga.
“Alhamdulillah, tempoh pemantauan itu telah pun berlalu dan Rian kini berada dalam keadaan baik.
“Dia makan, tidur, bermain, tersenyum dan kembali seperti biasa,” katanya dalam hantaran tersebut.
Maryam turut merakamkan penghargaan kepada semua yang mengirimkan doa, nasihat serta mesej sokongan yang disifatkan banyak membantu menenangkan keluarga mereka dalam situasi mencemaskan itu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu bimbang kerana keadaan Rian kini kembali sihat, ceria dan stabil seperti sediakala.
BACA JUGA:
[VIDEO] Ryzal Ibrahim kongsi detik cemas anak jatuh katil
Terdahulu, media semalam melaporkan Ryzal berkongsi detik cemas apabila anaknya Rian tidak sedarkan diri selepas jatuh dari katil.
Melalui satu hantaran video, Ryzal dilihat memandu kereta dalam keadaan panik sambil isterinya, Maryam menepuk-nepuk dan menjerit memanggil nama Rian.
Bagaimanapun, sebaik tiba di unit kecemasan sebuah hospital swasta, Rian kembali sedar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |










