[VIDEO] Arif Aiman tamat zaman bujang, sah bergelar suami kepada Nurul Aliah Natasha
KUALA LUMPUR – Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pemain kebangsaan, Arif Aiman Hanapi selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha Md Hairushahri dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung hari ini.
Majlis pernikahan pasangan tersebut difahamkan diadakan secara sederhana namun meriah di Johor Bahru dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Berita perkahwinan pemain berusia 24 tahun itu pantas menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air selepas beberapa gambar dan video majlis mula tular di media sosial.

Menerusi perkongsian berkenaan, Arif Aiman dan pasangannya tampil sedondon mengenakan busana serba putih yang menyerlahkan suasana penuh elegan dan manis pasangan pengantin baharu itu.
Suasana turut bertukar sebak apabila Arif dilihat gagal menahan emosi sejurus selesai melafazkan akad nikah sebelum memeluk ibunya dalam momen yang menyentuh hati.
@malaysiatribune Alhamdulillah, tahniah buat Arif Aiman dan isteri Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dipenuhi kasih sayang, diberkati Allah dan kekal bahagia dunia akhirat, Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus bersama hingga ke syurga #malaysiatribune
Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang rata-ratanya turut terharu menyaksikan detik bersejarah pemain sayap Harimau Malaya itu.
Ruangan komen media sosial juga dibanjiri ucapan tahniah serta doa daripada penyokong Harimau Selatan dan peminat bola sepak tempatan yang mendoakan kebahagiaan pasangan terbabit.
“Arif Aiman nikah, Johor cuti ya, Hehe. Selamat melayari bahtera perkahwinan sampai ke Jannah,” komen seorang netizen.
“Alhamdulillah. Tahniah Arif dan Lia. Didoakan semoga bahagia hingga ke syurga,” tulis Cikgu Ayu pula.
Majlis resepsi pasangan itu dijadual berlangsung pada sebelah malam dan dijangka dihadiri ramai tetamu termasuk Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail.
Sebelum ini, kad undangan pernikahan Arif yang tersebar di media sosial terlebih dahulu mencetuskan keterujaan peminat sehingga menjadi antara topik hangat dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.
Arif kini dianggap antara tonggak utama skuad Harimau Malaya dan JDT selepas mempamerkan prestasi konsisten bersama kelab serta pasukan kebangsaan sejak beberapa musim lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















