BERITA SEMASADALAM NEGERI

Unite 4 Gempa Bumi capai objektif, tarik lebih 10,000 pengunjung

SERDANG – Himpunan ribuan penunggang motosikal berkuasa tinggi dalam program Unite 4 Gempa Bumi dilihat berjaya mencapai matlamat dalam menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Diadakan di MAEPS Serdang, kelmarin, acara anjuran Violent Storm MG dengan kerjasama 32 kelab motosikal berkuasa tinggi seluruh negara itu menarik lebih 10,000 pengunjung dan hampir 6,000 pemilik motosikal berkuasa tinggi.

Pengerusi penganjur, Nazatul Amin Jaffar berkata, penganjuran ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme malah berjaya menepis tanggapan negatif masyarakat terhadap penunggang motosikal.

“Matlamat dan juga harapan kami adalah untuk menyatu padukan semua kelab motosikal tempatan yang mempunyai semangat cintakan negara dan patriotik serta jati diri yang tinggi terhadap budaya dan bangsa kita.

“Sebab itu kita amat gembira kerana turut mendapat penyertaan dari Indonesia, Singapura dan Thailand yang turut memberikan sokongan mereka terhadap program ini.
“Alhamdulillah program ini sangat menarik dan kita telah berjaya mengumpul hampir 6,000 buah motosikal selama dua hari ini di sini,” ujarnya.

Pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya reruai pameran, forum diskusi motosikal, persembahan kebudayaan serta cabutan bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM15,000 bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.

Ketua Kelab Motosikal Skyhawk Malaysia, Muhamad Irwan Muhamad Mustafa berkata, acara itu turut mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli sambil beriadah dengan aktiviti berfaedah pada cuti umum.

“Saya rasa program ini amat baik, kami berkumpul kerana berkongsi minat yang sama, saya berharap pada tahun hadapan program ini dapat dianjurkan lagi,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button