Akmal selar UMANY desak mansuh matrikulasi
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar tuntutan Persatuan Belia Baharu Universiti Malaya (UMANY) yang mahu program matrikulasi dimansuhkan.
Dalam satu kenyataan, Akmal mempersoalkan sama ada UMANY turut bersetuju sekiranya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dimansuhkan bagi memastikan hanya satu aliran persekolahan wujud di negara ini.
“Kalau nak mansuh matrikulasi untuk jadikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) syarat tunggal masuk universiti, maka kamu bersetuju atau tidak untuk mansuhkan SJK dan jadikan sekolah hanya ada satu aliran sahaja?
“Kalau tidak bersetuju, jangan sembang nak mansuhkan matrikulasi pula,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Semalam, media melaporkan UMANY menuntut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memansuhkan program matrikulasi dan menjadikan silibus STPM sebagai satu-satunya piawaian kemasukan ke universiti awam (UA).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








