Ujian saringan HIV tidak diwajibkan bagi kemasukan pelajar IPT
KUALA LUMPUR – Pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tidak diwajibkan menjalani ujian saringan HIV.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir bagaimanapun berkata, saringan kesihatan secara umum tetap dijalankan sebagai sebahagian daripada proses kemasukan.
“Ada beberapa universiti yang telah pun melakukan saringan, manakala di universiti lain setakat ini belum ada kewajipan.
“Tetapi dari segi kemasukan ke universiti, biasanya saringan secara umum dilakukan,” katanya pada sesi pertanyaan di Dewan Negara, hari ini.
Zambry berkata demikian bagi menjawab pertanyaan tambahan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff sama ada bakal pelajar IPT akan diwajibkan menjalani ujian saringan HIV bagi mencegah peningkatan kes itu dalam kalangan pelajar.
Mengulas mengenai langkah kementerian bagi menangani isu itu, Zambry berkata, ia merangkumi program advokasi, kesihatan dan kaunseling.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








