LUAR NEGARA

‘Tunjuk bukti Maduro masih bernyawa’ – Naib Presiden Venezuela

CARACAS – Naib Presiden Venezuela, Delcy Rodriguez hari ini menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk menunjukkan bukti pemimpinnya, Nicolas Maduro yang ditangkap bersama isteri, Cilia Flores masih hidup dan bernyawa.

Menerusi temu bual telefon ringkas bersama stesen penyiaran TV kebangsaan, Rodriguez mengakui tidak tahu keberadaan Maduro dan isterinya selepas serangan ketenteraan berskala besar AS ke atas Caracas dan beberapa bandar lain di negara itu.

Tangkap layar hantaran Trump di platform Truth.

Terdahulu, Presiden Donald Trump mengumumkan melalui platform media sosial Truth bahawa Maduro dan Flores telah ditangkap oleh tentera AS dan diterbangkan keluar dari negara itu.

“Presiden Nicolas Maduro bersama isterinya telah ditangkap dan diterbangkan keluar dari negara tersebut. Operasi ini dijalankan dengan kerjasama pihak Penguatkuasaan Undang-Undang AS,” tulis Trump.

Beliau juga memberitahu satu sidang media mengenai operasi tersebut akan diadakan di Mar a Lago pada pukul 11 pagi (12 tengah malam waktu Malaysia).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button