BERITA SEMASA

Tunggu pengumuman dalam beberapa hari lagi – ulas Wong Chen mengenai pertemuan bersama PM

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Subang Jaya, Wong Chen memberi bayangan ada satu pengumuman penting akan dibuat dalam tempoh terdekat ini.

Beliau yang juga merupakan salah seorang daripada Ahli Parlimen yang menyokong bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai pengumuman itu.

“Saya baru pulang dari Putrajaya. Saya bercakap pada pertemuan dengan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH). Tunggu berita, akan ada pengumuman dalam beberapa hari,” katanya hari ini.

Terdahulu berlangsung pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Ahli Parlimen PH di Seri Perdana, Putrajaya.

Bagaimanapun pertemuan itu tidak dihadiri oleh Rafizi.

Menurut Malaysiakini, ini kerana Ahli Parlimen Pandan itu sudah maklum dengan penjelasan yang akan diberikan oleh Anwar yang juga Pengerusi PH.

Menurut laporan itu, Rafizi berkata sebelum ini penjelasan yang disifatkan sebagai isu nasional itu hanya diberikan kepada beberapa individu sahaja.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada Ahli Parlimen PH yang lain untuk membuat penilaian selepas mendengar penjelasan oleh Perdana Menteri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button