Tujuh anggota polis ditahan kes kematian rider Grab digilis kenderaan taktikal
JAKARTA – Tujuh anggota polis Indonesia ditahan susulan kematian seorang rider Grab Indonesia dipercayai akibat digilis kenderaan taktikal polis, semalam.
Kejadian itu berlaku ketika satu demonstrasi semalam di sekitar Gedung DPR/MPR RI Jakarta bagi membantah kenaikan elaun anggota Dewan, lapor portal Tempo.
Mangsa dikenal pasti sebagai Affan Kurniawan meninggal dunia dipercayai akibat digilis kenderaan berkenaan manakala seorang lagi rider, Moh Umar Amarudin, tercedera.
Video kejadian itu turut menjadi tular di media sosial.
Susulan kejadian, Ketua Polis Republik Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo tampil memohon maaf kepada keluarga mangsa ketika melawat Rumah Sakit Umum Pusat Nasional dr. Cipto Mangunkusumo, Jakarta, awal pagi tadi.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan itu merupakan anggota Satuan Brimob Polda Metro Jaya dipercayai berada dalam kenderaan berkenaan ketika kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








