BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Tiga kanak-kanak dikenal pasti cuba curi tabung masjid

BAGAN SERAI – Polis mengesahkan tiga kanak-kanak dikenal pasti terlibat dalam kejadian cubaan mencuri tabung masjid di kawasan Alor Pongsu, di sini, susulan penularan satu rakaman video di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Jafri Md. Zain berkata, pihaknya mengesan video berkenaan pada 2 Mei yang memaparkan beberapa kanak-kanak disyaki terbabit dalam kejadian tersebut.

Menurut beliau, hasil siasatan yang dijalankan berjaya mengenal pasti tiga kanak-kanak berkenaan sebelum semua pihak berkaitan dipanggil untuk diambil keterangan, termasuk ibu bapa mereka serta pihak pengurusan masjid.

“Kes itu telah diselesaikan secara baik atas permintaan pihak pengurusan masjid yang tidak berhasrat meneruskan tindakan undang-undang.

“Bagaimanapun, polis telah memberikan nasihat serta amaran keras kepada kanak-kanak terbabit dan keluarga masing-masing supaya kejadian seumpama itu tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jafri berkata, polis memandang serius sebarang perlakuan yang melibatkan rumah ibadat dan menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan video serta maklumat yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button