BERITA SEMASA

Tiada kompromi dalam pemberian status kewarganegaraan – Saifuddin

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak akan mengambil mudah dan berkompromi dalam pemberian status kewarganegaraan kepada mana-mana individu semata-mata untuk mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, proses bagi mendapatkan status kewarganegaraan melibatkan pelbagai pihak bukan hanya melibatkan satu pihak sahaja.

Katanya, sebarang keputusan yang dibuat adalah melalui perbincangan dengan pegawai kanan kementerian.

“Warganegara merupakan satu anugerah tertinggi dan bila kita beri, ini bermakna negara akan bertanggungjawab ke atas individu terbabit dan dia juga perlu bertanggungjawab ke atas negara.

“Saya akan duduk bersama pegawai kanan melihat dan berbincang bagi setiap satu permohonan. Kita akan menilai merit permohonan-permohonan itu.

“Saya ditemani pegawai kanan dalam membuat sebarang keputusan,” katanya ketika sesi Dialog Menteri Dalam Negeri bersama media di sini, pada Rabu.

Tambah Saifuddin Nasution, sejak memegang jawatan menteri pada awal Disember tahun lalu, beliau sudah membuat keputusan bagi lebih 5,600 permohonan.

Terdahulu, KDN menetapkan sasaran untuk menyelesaikan sekurang-kurangnya 10,000 permohonan bagi mendapatkan status kewarganegaraan pada tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button