BERITA SEMASA

Tefal lancar produk atasi masalah nasi cepat basi

PUTRAJAYA – Peneraju global peralatan rumah, Tefal tampil dengan produk baharu Delirice Max Rice Cooker yang mampu menyelesaikan masalah nasi yang dimasak sempurna menjadi basi hanya dalam beberapa jam.

Pengarah Pemasaran Tefal, Johann Ng berkata, Delirice Max bukan sekadar periuk nasi, sebaliknya satu produk yang memberi penyelesaian menyeluruh kepada pengguna yang mahukan hidangan berkualiti, lebih praktikal dan bebas pembaziran makanan.

tefal
Direka khas untuk gaya hidup moden keluarga Malaysia, periuk nasi Delirice Max mampu memastikan nasi kekal gebu, lembut dan segar sehingga 24 jam.

Direka khas untuk gaya hidup moden keluarga Malaysia, produk itu mampu memastikan nasi kekal gebu, lembut dan segar sehingga 24 jam.

“Dengan Delirice Max, kami memberikan ketenangan hati kepada pengguna. Teknologi kami diakui boleh membuatkan anda menikmati nasi sepanjang hari tanpa basi sekaligus memudahkan penyediaan hidangan harian serta menjamin kualiti masakan keluarga.

“Malah nasi yang dimasak dalam periuk nasi Tefal juga lebih gebu dengan teknologi pemanasan 3D Max di mana bahagian bawah periuk berbentuk bulat dan membantu proses memasak dengan lebih sempurna,” katanya ketika majlis pelancaran produk tersebut di Restoran Rasa Rosz, IOI City Mall di sini, baru-baru ini.

Beliau kemudiannya berkata, pengewapan air akan menyebabkan nasi cepat basi dan masalah itu diatasi dengan penambahan empat lapisan perlindungan di dalam periuk nasi.

“Kami telah melakukan ujikaji dan dengan menggunakan Delirice Max, nasi boleh bertahan selama empat hari,” katanya lagi.

Sementara itu, pengasas Rasa Rosz Sdn. Bhd. yang juga tokoh usahawan Datuk Seri Rozita Ramelan berkata, periuk nasi itu sangat membantu dalam penyediaan hidangannya di dapur, malah membantu mengelakkan nasi cepat basi.

“Makanan yang baik datang daripada konsistensi dan kualiti. Tefal berjaya menghasilkan peralatan yang membantu tukang masak di rumah mencapai tahap kesegaran optimum. Kami bangga dapat bersama dalam pelancaran ini yang menghormati tradisi kulinari negara,” katanya.

Periuk Nasi Delirice Max kini boleh didapati di semua gedung runcit utama di seluruh negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button