Tamim Dahri nafi pijak simbol agama, dakwa alihkan besi konkrit tajam dan berbahaya
KUALA LUMPUR – Aktivis masyarakat, Tamim Dahri Abdul Razak menafikan merosakkan simbol agama Hindu, trisul dengan sengaja memijaknya dan kemudiannya memuat naik ke dalam laman media sosialnya.
Menurut Tamim Dahri, dia tidak menyedari sebatang besi konkrit yang tajam dan dialihkan itu merupakan simbol agama kerana telah terbiar dan berkarat.
Malah katanya, tindakan itu diambil bagi mengelakkkan bahaya kepada orang awam yang melalui kawasan tersebut.
“Alkisah, aku ke Langkawi beberapa hari lepas. Saja nak berjalan release tension selepas kerja data di HBM. Niat asal nak explore tempat-tempat rare dekat sana. Aku sewa kereta dan pusing sekeliling pulau.
“Sampai satu tempat berdekatan gua-gua, aku berhenti untuk singgah. Kawasan tu penuh dengan monyet-monyet liar dan aku ambil kesempatan untuk beri makan.
“Dalam masa yang sama, aku ternampak ada batang besi konkrit yang tajam. Tidak terfikir langsung itu adalah lambang keagamaan memandangkan ia hanya besi berkarat yang tajam.
“Itu juga bukan rumah anutan kerana tiada bangunan dan kawasan sekitar adalah lapang dan yang paling penting, perbuatan mengalihkan benda yang menyakiti di jalan adalah sedekah,” jelasnya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu Tamim Dahri juga menuat naik gambar yang menimbulkan kontroversi itu yang didakwanya berbeza dengan trisula sebenar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















