Sze Fei-Izzuddin tersingkir di pusingan ketiga Kejohanan Dunia
KUALA LUMPUR – Rentak cemerlang beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani akhirnya terhenti apabila mereka tersingkir di pusingan ketiga Kejohanan Dunia selepas tewas kepada pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan di Adidas Arena, semalam.
Pertemuan yang berlangsung penuh sengit itu berlarutan hingga tiga set sebelum menyaksikan pasangan ranking ketiga dunia itu akur dengan kekalahan 20-22, 21-15, 21-23 dalam tempoh 50 minit.
Kekalahan tersebut sekali gus menamatkan rekod baik Sze Fei-Izzuddin yang sebelum ini mencatat tiga kemenangan daripada empat pertemuan menentang pasangan di ranking ke-18 dunia berkenaan.
Sze Fei-Izzuddin yang pernah bergelar beregu nombor satu dunia pada Mei lalu, turun dengan reputasi tinggi selepas merangkul beberapa kejuaraan besar sepanjang karier mereka.
Antara pencapaian terbaik termasuk menjuarai Terbuka India awal tahun ini, selain muncul juara Terbuka Artik, Terbuka China dan Terbuka Jepun pada tahun lalu.
Namun, langkah mereka di pentas dunia kali ini terhenti lebih awal selepas tidak beraksi di Denmark dua tahun lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








