Syed Saddiq nafi sekat kerjaya seni Bella Astillah lepas kahwin
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau tidak pernah menghalang tunangnya, Bella Astillah daripada meneruskan kerjaya seni selepas mereka berkahwin.
Menurutnya, dakwaan kononnya Bella akan berhenti berlakon dan menyanyi adalah tidak benar, malah beliau menyifatkan tindakan menghalang pasangan mengejar impian sebagai tidak adil.
“Ramai kata selepas ini Bella tak boleh berlakon, menyanyi dan tak boleh berada di depan khalayak umum kecuali bagi acara rasmi.
“Saya tak setuju kerana tidak adil kerana impian saya, impian kamu terpaksa dikorbankan. Maksud saya kejarlah impian kamu,” katanya ketika ditemu bual dalam sebuah program audio siar.
Beliau berkata, perkara yang lebih membimbangkan adalah kemungkinan kelantangannya dalam dunia politik memberi kesan kepada perkembangan kerjaya seni tunangnya itu.
“Saya lebih risau kelantangan saya mungkin menyekat kemaraan Bella dalam mengejar impiannya. Tapi itulah dunia politik,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menafikan dakwaan bahawa beliau berhasrat membawa Bella menyertai dunia politik.
Katanya, beliau tidak pernah merancang perkara tersebut dan berharap tunangnya tidak perlu melalui cabaran seperti yang dihadapinya dalam arena politik.
“Ada yang kata ini adalah jalan untuk bawa Bella masuk politik. Tidak, dia boleh ajar saya menari (tapi) dia tak perlu sertai politik,” tegasnya.
Sebelum ini, pasangan tersebut menarik perhatian ramai apabila mengumumkan pertunangan mereka pada 28 Mac lalu.
Walaupun mengakui sedang melalui fasa bahagia, Syed Saddiq belum bersedia mendedahkan tarikh perkahwinannya, namun terdapat spekulasi ia akan berlangsung pada bulan Jun ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







