JENAYAH & MAHKAMAH

Suspek utama kes tikam pelajar kolej dijangka didakwa Khamis

KOTA BHARU – Suspek utama kes pelajar kolej yang ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di Ketereh, Jumaat lalu, dijangka dituduh Khamis ini.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, siasatan kes berkenaan sudah 70 peratus selesai, lapor Buletin TV3.

“Kita dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan sebaik siap, ia akan diserahkan kepada pihak pendakwaan.

“Hanya seorang suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, dijangka Khamis ini, manakala seorang lagi akan dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Beliau turut memberitahu, polis merekodkan lebih 10 keterangan daripada ahli keluarga dan rakan serumah mangsa.

Laporan media Sabtu lalu menyebut, jasad seorang pelajar perempuan ditemukan di Kampung Padang Simah, Ketereh, dengan 61 kesan tikaman di seluruh anggota badannya.

Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum jasadnya dibuang di lokasi terbabit.

Susulan kejadian, polis menahan reman empat individu termasuk dua warga emas yang juga ibu dan bapa kepada salah seorang suspek.

Kedua-dua warga emas terbabit bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis kelmarin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button