Sultan Ibrahim zahir ucapan tahniah kepada pasukan JMR
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Motorsport Racing (JMR) yang meraih tempat pertama pada perlumbaan kedua di pusingan Litar Antarabangsa Buriram, Thailand dalam siri GT World Challenge Asia, semalam.
“Kemenangan JMR meraih tempat pertama pada perlumbaan hari ini (semalam) dan tempat kedua kelmarin (31 Mei) adalah hadiah yang manis kepada saya bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

“Tahniah saya ucapkan kepada anak saya (YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor) dan rakan sepasukannya, Ben Green di atas kejayaan cemerlang,” tulis Seri Paduka Baginda melalui hantaran Facebook.
Menerusi hantaran yang sama, Seri Paduka Baginda turut mengucapkan tahniah kepada seorang lagi anaknya.
“Bagi seorang lagi anak saya (YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor) jangan sedih atau berputus asa, teruskan perjuangan di pentas perlumbaan akan datang,” titah Baginda.
Perlumbaan GT World Challenge Asia di Thailand merupakan sebahagian daripada siri perlumbaan GT berprestij yang dianjurkan oleh Stephane Ratel Organisation (SRO).
Siri tersebut bermula pada tahun 2017 dengan format pelbagai kelas yang melibatkan kereta GT3 dan GT4.
Namun, sejak tahun 2024, perlumbaan itu hanya menampilkan kereta GT3 selaras dengan format siri GT World Challenge di benua lain.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








