SPRM tahan CEO badan berkanun persekutuan
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) difahamkan menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah badan berkanun persekutuan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi kontrak pembinaan gelanggang squash daripada kontraktor binaan.
Menurut sumber, individu berusia 40-an itu ditahan pukul 7.20 malam tadi.
“Difahamkan suspek meminta rasuah sebanyak RM1 juta bagi kelulusan bayaran tuntutan kontraktor berkenaan dan beliau didakwa sudah menerima RM500,000 sebelum Aidilfitri lalu sebagai wang pendahuluan.
“Suspek ditahan di sebuah kompleks beli-belah di Bukit Jalil selepas didakwa menerima wang RM100,000 daripada kontraktor terbabit,” kata sumber tersebut.
Turut difahamkan, suspek akan dibawa bagi permohonan reman esok di Mahkamah Majistret di sini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






