SPR kongsi kemeriahan suasana mengundi PRK Ayer Kuning
TAPAH – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning hari ini berlangsung dalam suasana harmoni dan terkawal.
Situasi itu dapat dilihat menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di laman Facebook rasmi mereka.

Seawal pukul 8 pagi, orang ramai sudah mula beratur panjang untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
Malah kelihatan kakitangan SPR sentiasa komited membantu para pengundi termasuk menolak mereka yang berkerusi roda ke saluran undi masing-masing.
Melalui hantaran itu, dapat dilihat juga ramai golongan muda yang keluar mengundi sekali gus menunjukkan keprihatinan mereka terhadap tanggungjawab pada negara.

Setiap inci proses mengundi berjalan teratur – daripada pendaftaran, semakan nama, sehinggalah ke saat jari dicelup dakwat kekal sebagai tanda telah mengundi.
Beberapa pengundi turut dirakam menunjukkan jari mereka yang telah dicelup dakwat sebagai bukti telah melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Cuaca yang cerah di Tapah menambahkan lagi keceriaan suasana hari mengundi kali ini. Walaupun ramai, keadaan tetap terkawal dengan bantuan petugas SPR yang cekap dan mesra.
Proses pengundian akan diteruskan hingga jam 6 petang sebelum peti undi ditutup untuk kiraan rasmi.
PRK DUN Ayer Kuning kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Dr. Mohamad Yusri Bakir; calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







