BERITA SEMASADALAM NEGERI

Sindiket panggilan telefon: Warga emas rugi lebih RM700,000

KUCHING – Akibat percaya kepada panggilan telefon kononnya daripada pihak berkuasa, seorang wanita warga emas berusia 75 tahun kerugian RM706,000.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kejadian berlaku pada 28 Ogos lalu apabila mangsa menerima panggilan daripada sindiket penyamaran sebagai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Beliau berkata, menerusi panggilan telefon itu, seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Sarjan polis, mendakwa wanita itu terbabit dalam jenayah.

“Suspek mendakwa kad pengenalan mangsa mempunyai rekod kesalahan jenayah penipuan dan wang haram sebelum talian disambungkan kepada individu lain.

“Mangsa kemudian berhubung menerusi WhatsApp dan diarahkan memindahkan wang ke dua akaun syarikat kononnya bagi siasatan BNM,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Alexson, wanita itu hanya menyedari dirinya diperdaya selepas menceritakan kejadian kepada rakan, sebelum tampil membuat laporan polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button