Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa esok, Jumaat – SPRM
PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, berhubung kes rasuah.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata Shamsul Iskandar dan Tei masing-masing berdepan empat pertuduhan.
Tambahnya, kedua-dua individu itu akan didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam Jumaat ini, masing-masing dengan satu pertuduhan.
“Kedua-dua lelaki itu masing-masing akan berdepan beberapa pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009.
“Seorang lagi individu dikenali Sofia Rini Buyong pula merupakan saksi pendakwaan,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini hari ini.
Tambahnya, SPRM sudah melengkapkan siasatan terhadap kedua-dua individu berkenaan berhubung kes rasuah itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








