BERITA SEMASASUKAN

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia tundukkan musuh tradisi Thailand

KUALA LUMPUR – Malaysia muncul juara acara regu Kejohanan Piala Asia Sepak takraw ASTAF 2025 selepas menewaskan musuh tradisi, Thailand menerusi kemenangan dua set di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Dalam set pertama, trio negara yang diwakili Farhan Adam, Azlan Alias dan Syahir Rosdi mempamerkan aksi bertenaga untuk menundukkan pasukan lawan dengan mata 15-12.

Momentum itu diteruskan di set kedua apabila Malaysia pantas mendahului 5-0, mencetuskan sorakan gemuruh daripada penyokong tuan rumah.

Thailand kemudian cuba merapatkan jurang dengan meraih beberapa mata, namun corak permainan kemas dan disiplin tinggi yang dipamerkan oleh skuad negara berjaya mematahkan asakan lawan.

Pada set kedua, Malaysia terus mengekalkan momentum apabila menampilkan permainan kemas dan bertenaga untuk mencatat kemenangan 15-9, sekali gus memastikan pingat emas menjadi milik tuan rumah.

Lebih manis lagi, kemenangan ini melengkapkan kejuaraan berganda Malaysia selepas meraih kejayaan dalam acara kuadran.

@malaysiatribune

Regu utama sepak takraw Malaysia berjaya cipta sejarah baharu apabila mudah jinakkan Thailand untuk juarai acara regu Piala Asian ASTAF edisi yang pertama. Berita penuh : https://malaysiatribune.news/berita-semasa/sepak-takraw-piala-asia-2025-malaysia-tundukkan-musuh-tradisi-thailand/ #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button