LUAR NEGARA

Seorang lagi cucu Ismail Haniyeh terkorban serangan 1 Syawal

ISTANBUL – Cucu perempuan pemimpin Hamas, Malak Haniyeh yang cedera parah dalam serangan tentera Israel berhampiran kem Al- Shati baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia, semalam.

Malak termasuk daripada lima cucu Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan pada Hari Raya Aidilfitri yang turut mengorbankan tiga anak lelakinya.

Tiga anak lelaki Ismail yang terbunuh dalam serangan tidak berperikemanusiaan di barat Bandaraya Gaza itu adalah Hazem, Amir dan Mohammed.

Serangan udara Israel itu menyasarkan sebuah kereta membawa keluarga Ismail semasa mereka mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada penghuni kem berkenaan sempena perayaan itu, saksi memberitahu Anadolu.

Sebelum ini, Ismail dilaporkan berkata kehilangan tiga anaknya dan cucu-cucunya tidak melemahkan tekad pergerakan itu dalam perjuangan menentang Israel.

“Ini tidak akan melemahkan kedudukan Hamas di meja rundingan mahupun menggugat perang kita melawan Israel,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button