BERITA SEMASA

Semakan tawaran kemasukan ke MRSM bermula Isnin depan

KUALA LUMPUR – Orang ramai boleh menyemak tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bermula Isnin depan.

Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, semakan berpandukan Ujian Kemasukan Ke MRSM (UKKM) itu adalah bagi pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4.

“Semakan tawaran kemasukan ke MRSM berpandukan ujian UKKM untuk tingkatan 1 dan 4 akan mula diumumkan hari Isnin, 13 Januari 2025.

“Insya Allah MARA akan berkongsi pautan untuk pelajar-pelajar dan ibu bapa membuat semakan keputusan tawaran,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button