BERITA SEMASA

Selangor Saring sedia pemeriksaan kesihatan percuma

CYBERJAYA – Kerajaan negeri Selangor melalui inisiatif Selangor Saring mempelawa orang ramai khususnya di sekitar Lembah Jaya untuk melakukan pemeriksaan kesihatan percuma pada Sabtu ini.

EXCO Kesihatan Awam, Jamaliah Jamaluddin berkata, saringan kesihatan itu akan diadakan di Dewan MPAJ Tasik Tambahan, Ampang, bermula dari pukul 9 pagi hingga pukul 3 petang.

“Jom ramai-ramai berkunjung ke lokasi program saringan kesihatan di kawasan Lembah Jaya. Ambil peluang ini untuk melakukan saringan kesihatan percuma untuk fizikal, darah, urin, kanser, mata, gigi dan lain-lain.

“Anda digalak membuat pra pendaftaran menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kerana penilaian faktor risiko setiap individu melalui borang saringan awal di aplikasi tersebut.

“Hubungi Selcare di talian 1800226600 jika mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, kerajaan negeri telah mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Program diperkenalkan bagi membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button