BERITA SEMASADALAM NEGERI

Selangor peruntuk RM1 juta untuk vaksin Influenza A percuma 12,500 pelajar

SHAH ALAM – Bagi mengekang penularan penyakit berjangkit dalam kalangan pelajar, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM1 juta bagi pelaksanaan program suntikan vaksin Influenza A secara percuma kepada 12,500 pelajar di empat daerah utama.

Program itu akan melibatkan pelajar di daerah Hulu Langat, Gombak, Klang dan Petaling yang dijangka bermula seawal minggu depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelaksanaan program tersebut akan diketuai oleh Exco Kesihatan Awam Negeri Selangor, Jamaliah Jamaluddin sebagai usaha memperkukuh kesihatan komuniti pelajar.

“Kerajaan Negeri mengambil serius peningkatan kes Influenza A yang boleh menjejaskan kesihatan dan kehadiran pelajar ke sekolah.

“Inisiatif ini diharap dapat mengurangkan risiko jangkitan serta memastikan sesi persekolahan berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kerajaan Selangor sebelum ini turut memperkenalkan beberapa program kesihatan awam secara percuma di bawah Selcare bagi membantu rakyat negeri itu mendapat akses kesihatan berkualiti tanpa beban kewangan.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, kira-kira 6,000 pelajar sekolah di seluruh negara direkodkan dijangkiti penyakit influenza setakat ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button