BERITA SEMASA

Sanusi minta maaf kepada Mahfuz Omar

KUALA LUMPUR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini membuat permohonan maaf kepada Datuk Mahfuz Omar berhubung fitnah dilakukannya terhadap bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu empat tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat Muhammad Sanusi menerusi laman Facebooknya pagi ini iaitu platform sama digunakannya untuk memuat naik kenyataan yang didakwa berunsur fitnah berkenaan.

Muhammad Sanusi berkata kenyataan maaf itu dibuat berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 8 November 2021.

Berikut kenyataan penuh permohonan maaf beliau:

Pada 30 Julai 2019, saya telah membuat satu hantaran di Facebook ini menyentuh isu perpindahan premis judi syarikat Sport Toto dari Alor Setar ke kawasan Pokok Sena (“Hantaran FB”).

Saya telah menyatakan bahawa pemimpin PAN dan PH yang merupakan kerajaan pemerintah ketika itu telah pudar sensitivitinya kerana perpindahan premis Sport Toto tersebut berlaku ke kawasan majoriti Islam di Kedah, tanpa sebarang halangan sehinggalah isu tersebut ditimbulkan oleh masyarakat dan saya, 4 bulan selepas kelulusan diberikan oleh Kementerian Kewangan.

Atas saman fitnah yang difailkan oleh Mahfuz Omar terhadap saya berkaitan Hantaran FB tersebut, Mahkamah Tinggi pada 8.11.2021 dan Mahkamah Rayuan pada 3.4.2023 telah memutuskan bahawa hantaran FB saya tersebut adalah satu kenyataan fitnah terhadap Mahfuz Omar, dan saya diperintahkan untuk memohon maaf.

Oleh yang demikian, saya dengan ini memohon maaf kepada Mahfuz Omar atas kenyataan yang dibuat di dalam Hantaran FB tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button