BERITA SEMASA

RUU Persaingan (Pindaan) 2026 diluluskan

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Persaingan (Pindaan) 2026 dengan pindaan pada peringkat jawatankuasa.

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mengemukakan pindaan kecil melibatkan Fasal 22 RUU itu.

Beliau berkata, pindaan berkenaan bagi membetulkan kesilapan tipografi dalam perenggan F berhubung sebutan daripada subseksyen yang dinomborkan semula, lapor BERNAMA.

Khamis lepas, seramai 18 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menyertai sesi perbahasan RUU itu yang kemudiannya diluluskan pada peringkat dasar.

RUU Persaingan (Pindaan) 2026 mencadangkan pengukuhan penguatkuasaan terhadap amalan antipersaingan susulan peningkatan penggunaan teknologi dalam aktiviti kartel dan penyalahgunaan kedudukan monopoli.

RUU yang membabitkan 34 fasal itu antara lain membuat pindaan terhadap Seksyen 24 dengan memperuntukkan kesalahan jenayah bagi cubaan memusnahkan, menyembunyikan, mencacatkan atau mengubah rekod dan data bagi menghalang penyiasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button