BERITA SEMASA

RUU Perolehan Kerajaan 2025 diperkenal bagi tingkat ketelusan dan akauntabiliti

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 yang dibentangkan hari ini bertujuan untuk mengehadkan kuasa dan memperkukuh tatakelola pentadbiran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun ada pihak mendakwa RUU itu memberi kuasa dan budi bicara berlebihan kepada Menteri Kewangan, ia sebenarnya memperkukuh elemen semak dan imbang.

Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, RUU itu membolehkan keputusan perolehan termasuk keputusan Menteri Kewangan dicabar serta dikaji semula melalui proses Panel Kajian Semula, seterusnya Tribunal Rayuan Perolehan yang berkecuali.

RUU tersebut turut juga memperkenalkan tindakan punitif atas ketidakpatuhan perolehan dan Menteri Kewangan tidak terkecuali atas kesalahan diperuntukkan dalam RUU berkenaan.

“Contohnya, jika tidak menzahirkan kepentingan atau campur tangan dalam proses perolehan.

“Bagi terus memperkukuh pengurusan fiskal, kerajaan mencadangkan penggubalan RUU Perolehan Kerajaan 2025 sebagai kesinambungan kepada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA) dan pelengkap kepada Akta Tatacara Kewangan 1957.

“Akta ini berhasrat menangani ketirisan dan mengoptimum sumber negara supaya terus berupaya memacu pembaharuan ekonomi dan kualiti hidup rakyat,” katanya ketika membentangkan bacaan kali kedua RUU Perolehan Kerajaan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button