BERITA SEMASASUKAN

Ronaldo wira Portugal ke final Liga Negara-Negara

Penyerang berusia 40 tahun itu menjaringkan gol antarabangsa ke-137 dalam kemenangan 2-1 ke atas Jerman di Munich

MUNICH – Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhannya masih berbisa apabila meledak gol kemenangan untuk membantu Portugal bangkit menewaskan Jerman 2-1 dalam aksi separuh akhir Liga Negara-Negara awal pagi tadi.

Penyerang berusia 40 tahun itu mencatat sejarah peribadi apabila menjaringkan gol antarabangsa ke-137, sekali gus mengesahkan tempat Portugal ke final buat kali kedua selepas menjuarai edisi sulung kejohanan itu pada 2019.

Kemenangan itu juga menamatkan penantian 24 tahun Portugal untuk menewaskan Jerman, dengan kemenangan terakhir mereka hadir pada Euro 2000.

Dalam satu lagi aksi separuh akhir, Sepanyol bakal berdepan Perancis pada Khamis untuk menentukan lawan Portugal dalam perlawanan akhir yang dijadual berlangsung Ahad ini.

Baca juga : Ronaldo luah hasrat peluk Islam

Jerman menguasai babak pertama perlawanan, namun kecemerlangan penjaga gol Portugal, Diogo Costa menyelamatkan beberapa percubaan bahaya termasuk daripada Leon Goretzka dan Nick Woltemade bagi memastikan kedudukan kekal 0-0.

Bagaimanapun, Florian Wirtz akhirnya meletakkan Jerman di depan pada minit ke-48 menerusi tandukan selepas menerima hantaran lintang Joshua Kimmich.

Portugal tidak menyerah dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan pemain gantian, Francisco Conceicao pada minit ke-63, sebelum Ronaldo menyempurnakan hantaran Nuno Mendes lima minit kemudian untuk memastikan kemenangan milik mereka.

Kemenangan itu lebih manis buat Conceicao, apabila bapanya, Sergio Conceicao mencatat hatrik ketika kali terakhir Portugal menewaskan Jerman pada tahun 2000.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button