Portugal turut iktiraf negara Palestin selepas UK, Kanada, Australia
LONDON – Portugal secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
Menteri Luar, Paulo Rangel mengumumkan pengiktirafan rasmi negaranya terhadap Palestin di Perwakilan Tetap Portugal ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, lapor penyiar negara itu, RTP.
Rangel turut menggesa pembebasan semua tawanan, penghentian semua permusuhan dan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza.
“Pengisytiharan pengiktirafan hari ini adalah hasil langsung daripada keputusan Majlis Menteri-Menteri pada 18 September, yang dibuat selepas proses rundingan yang mendapat persetujuan presiden republik dan sebahagian besar parti yang mempunyai kerusi di Parlimen,” tambahnya.
Pengumuman itu menyusul keputusan United Kingdom, Kanada dan Australia yang membuat pengumuman sama, semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








