RisSMart perkasa usahawan desa, anjur larian 5KM sempena Bulan Kebangsaan
KUALA LUMPUR – RisSMart Grocer terus memperkukuh peranannya sebagai platform pemasaran produk usahawan luar bandar apabila menawarkan lebih 269 produk keluaran usahawan bimbingan RISDA, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada mereka menembusi pasaran peruncitan moden.
Inisiatif di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan anak syarikatnya, RISDA Agri Food Industries Sdn. Bhd. (RAFI) itu bukan sahaja menyediakan keperluan harian kepada pengguna, malah membantu meningkatkan daya saing produk tempatan.
RisSMart Grocer di Urban Eats@Kwasa Damansara menawarkan pelbagai pilihan barangan termasuk makanan segar, produk sejuk beku, barangan dapur dan keperluan harian yang dihasilkan usahawan tempatan.
Selain menyediakan ruang pemasaran, RAFI turut membimbing usahawan dalam aspek penjenamaan, pembungkusan, pemasaran, penetapan harga serta pematuhan standard kualiti dan keselamatan makanan bagi memastikan produk mereka mampu bersaing dengan jenama arus perdana.

RisSMart turut mengamalkan konsep farm-to-market, yang membolehkan produk disalurkan terus daripada pengeluar kepada pengguna menerusi rantaian bekalan yang lebih cekap.
Baca juga : RisSMart sasar jualan RM30 juta, perkasa ekonomi desa – Zahid
Pendekatan itu bukan sahaja memberi pulangan lebih baik kepada usahawan, malah membolehkan pengguna mendapatkan produk berkualiti pada harga lebih berpatutan, khususnya ketika kos sara hidup terus meningkat.
Kini, RAFI mengendalikan 17 outlet RisSMart24 dan tiga outlet RisSMart Butchery di lokasi strategik bagi memperluaskan akses pengguna kepada produk keluaran usahawan luar bandar.
Sementara itu, sempena sambutan Bulan Kebangsaan, RisSMart akan menganjurkan RisSMart 5KM Fun Run pada 30 Ogos ini di RisSMart Grocer, Urban Eats@Kwasa Damansara.
Program itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat dengan yuran penyertaan RM35 yang melayakkan peserta menerima baju larian eksklusif, pingat penamat edisi khas serta drawstring bag.

Turut diperkenalkan kategori 5KM Team RisSMart pada kadar RM120 yang menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk goodie bag eksklusif, namun penyertaannya dihadkan kepada 50 peserta terawal.
Selain larian, orang ramai turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sampingan seperti sesi zumba, konsert mini, pertandingan Bakat Bintang Cilik RisSMart, pertandingan mewarna, jualan kilat dan pelbagai aktiviti kekeluargaan.
Penganjuran program itu diharap dapat menyemarakkan semangat Bulan Kebangsaan, menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan sokongan masyarakat terhadap produk keluaran usahawan tempatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















