BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Ringgit cecah paras tertinggi baharu 3.9665 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit terus menunjukkan momentum positif apabila diniagakan pada paras 3.9665 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas waktu rehat tengah hari, mencatat paras tertinggi sejak 22 Mei 2018, apabila mata wang tempatan ketika itu berada pada 3.9655.

Sebelum ini, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, mata wang tempatan mempunyai potensi untuk meningkat lagi, dengan purata jangka panjang dari 21 Julai 2005 sehingga kini sekitar 3.82 berbanding dolar AS.

“Prestasi ini disokong oleh prospek ekonomi Malaysia yang memberangsangkan, terutamanya susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini,” katanya lapor Bernama.

Baca juga: Anwar zahir rasa syukur ringgit catat paras tertinggi lebih tujuh tahun

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button